UECL 2021/22 : FK Bodo/Glimt 6-1 AS Roma

AS Roma bimbingan pengurus The Special One, Jose Mourinho telah diaibkan oleh kelab yang kurang ternama dari Norway, FK Bodo/Glimt.

 

Roma dibelasah Bodo 6-1 yang merupakan kekalahan terbesar Mourinho dalam 1008 perlawanan dibawah bimbingannya.

 

Mourinho dalam temubual bersamanya mengaku bahawa dia layak dipersalahkan atas kekalahan besar ini.

 

“Saya membariskan pemain yang kurang bermain, saya memutuskan untuk membuat perubahan ini dan merehatkan banyak pemain. Tanggungjawab itu adalah milik saya,” katanya. “Saya melakukannya dengan niat baik, untuk memberi peluang kepada mereka yang bekerja keras dan melakukan perubahan pasukan di padang sintetik dalam cuaca sejuk.

 

“Saya tidak pernah berselindung di sebalik kenyataan bahawa kami adalah skuad dengan batasan sebenar. Kami mempunyai 13 pemain yang mewakili satu pasukan, yang lain berada di tahap yang berbeza. “Kami kalah dengan pasukan yang lebih berkualiti daripada kami. Bodo mempunyai kualiti yang lebih tinggi daripada kesebelasan utama kami malam ini. Ia semudah itu. ‘

 

 

Pada separuh masa pertama, Roma telah ketinggalan 2-1 hasil jaringan Erik Botheim dan Patrick Berg. Carles Perez mengurangkan defisit gol Roma.

 

Mourinho melakukan perubahan di separuh masa kedua dengan memasukkan Eldor Shorurodov, Bryan Cristante, dan Henrikh Mkhitaryan. Lorenzo Pellegrini dan Tammy Abraham juga dimasukkan pada lewat perlawanan. Namun masih gagal mengejar Bodo malah Bodo menambah 4 lagi jaringan  dari Erik Botheim Ola Solbakken(2) dan Amahl Pellegrino untuk menjadikan malam yang sukar untuk The Special One.

 

Roma kini berada di tangga kedua dengan enam mata di belakang Bodo yang mengumpul 7 mata.

Kongsi artikel ini: