UCL 2021/22: Manchester United 3-2 Atalanta

Manchester United sekali lagi melakukan comeback seperti dilakukan pada perlawanan menentang Villareal sebelum ini. Kali ini Atalanta menjadi mangsa mereka apabila mereka bangkit dari ketinggalan 0-2 kepada 3-2 dengan jaringan Ronaldo menjadi penentu.

 

Dengan tekanan yang semakin memuncak ke atas Ole Gunnar Solskjaer berikutan kekalahan United 2-4 kepada Leceister City minggu lalu, Ole tiada pilihan selain menang menentang Atalanta.

 

segalanya serba tidak menjadi buat United apabila seawal minit ke 15 mereka telah ketinggalan 0-1 apabila gandingan bekas pemain Chelsea, Mario Pasalic dan Davide Zappacosta bersatu menghasilkan gol pembukaan untuk Atalanta. Hantaran lintang Zappacosta disudahkan mudah oleh Pasalic melepasi De Gea.

 

Pemain pertahanan, Merih Demiral kemudian menambah lagi tekanan United apabila tandukannya minit ke-29 melebarkan jurang gol. Separuh masa pertama tamat dengan penuh kekecewaan untuk penyokong Red Devils

 

 

Entah apa yang dicakap oleh Ole dalam bilik persalinan, barisan United kembali masuk ke padang untuk separuh masa kedua dengan semangat yang berbeza. Mereka memperkemaskan corak permainannya dan kebangkitan mula menjelma.

 

Bermula dengan hantaran genius Bruno Fernandes ke Marcus Rashford dan kemudiannya melepaskan rembatan leret melepasi penjaga gol Atalanta, Juan Musso. 1-2 untuk United.

 

Kapten dan juga pelawak, Harry Maguire yang tidak dikawal rapi berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-75 juga melalui hantaran Fernandes.

 

Dan pada minit ke 81, hantaran Luke Shaw ke petak penalti berjaya ditanduk masuk Ronaldo dan mengesahkan kemenangan United sekaligus memanjangkan jangka hayat Ole di Old Trafford.

 

United kini mendahului kumpulan F dengan dua mata dihadapan Atalanta dan Villareal.

Kongsi artikel ini: