Tewas kepada Rayo Vallecano, Ronald Koeman akhirnya dipecat Barcelona

Barcelona telah memecat Ronald Koeman sebagai ketua jurulatih berikutan kekalahan 0-1 ditangan Rayo Vallecano.  Ini adalah kekalahan kedua dalam tempoh empat hari selepas tewas 1-2 kepada Real Madrid pada Ahad lalu. Presiden Barcelona, Joan Laporta telah hilang kepercayaan terhadap Koeman sejak beberapa minggu lalu dan kekalahan ini menjadi titik pengakhiran bagi Koeman.


Kekalahan itu menyebabkan Barcelona berada di tempat kesembilan dalam carta La Liga, selepas mereka hanya mampu mengumpul 15 mata sahaja. Barca hanya memenangi empat daripada 10 perlawanan pembukaan liga mereka. Barca juga bergelut dalam Liga Juara-Juara musim ini, tewas di tangan Bayern Munich dan Benfica. Mereka juga hanya mampu menjaringkan 1 gol dalam pertandingan itu.

 

Koeman dilantik sebagai pengurus Barcelona pada Ogos 2020, mengambil alih tugas selepas Quique Setien yang dipecat setelah kekalahan memalukan kelab itu 8-2 kepada Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara. Walaupun bergelut dalam musim pertamanya, Barca masih mampu membawa pulang satu piala iaitu Copa del Rey. Keadaan menjadi lebih parah pada musim ini apabila Barcelona berada dalam keadaan kewangannya yang teruk hingga mereka kehilangan GOAT mereka, Lionel Messi

 

 

Barca kini sedang giat mencari calon pengurus yang paling layak menggantikan Koeman. Dikhabarkan lagenda kelab itu, Xavi yang kini menjadi ketua jurulatih kelab Al Sadd di Qatar ditawarkan menjadi pengganti Koeman. Ramai pihak terutama penyokong kelab itu berminat untuk melihat Xavi melatih Barca yang menerapkan cara permainan Tiki Taka di Qatar.

 

Sementara itu, Ole masih juga selamat #OleStay

 

Kongsi artikel ini: