Barcelona mengesahkan Sergio Aguero akan diketepikan sekurang-kurangnya tiga bulan selepas mengalami masalah dada. Pemain penyerang Barcelona itu sebelum ini telah disahkan mengalami degupan jantung yang tidak stabil atau Cardiac Arrhythmia
Penyerang Argentina itu dibawa ke hospital selepas mengadu mengalami ketidakselesaan di dada ketika Barca seri 1-1 dengan Alaves pada hari Sabtu.
Aguero telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kelab telah mengesahkan dia akan diketepikan untuk beberapa bulan.
LATEST NEWS | Barça player Kun Agüero has been subjected to a diagnostic and therapeutic process by Dr. Josep Brugada. He is unavailable for selection and, during the next three months, the effectiveness of treatment will be evaluated in order to determine his recovery process. pic.twitter.com/My9xWpm6I4
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 1, 2021
Kenyataan dari kelab itu berbunyi: “Sergio Aguero telah menjalani proses diagnostik dan terapeutik oleh Dr.Josep Brugada. Beliau tidak dapat diturunkan dan dalam tempoh tiga bulan akan datang keberkesanan rawatan akan dinilai untuk menentukan proses pemulihannya.
Ketika insiden itu berlaku, Sergio Aguero dilihat memegang dadanya dan kelihatan seperti sesak nafas. Beliau masih mampu berjalan meninggalkan padang tanpa diusung dan terus dikejarkan ke hospital dengan ambulan untuk menjalani pemeriksaan jantung. Aguero digantikan dengan Philippe Coutinho minit ke-41 pada perlawanan itu.