Sergio Aguero dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan jantung

Dalam perlawanan Barcelona menentang Alaves semalam, penyerang Barcelona, Sergio Aguero terpaksa dikeluarkan pada minit ke-41 setelah didapati mengalami ketidakselesaan dibahagian dada dan juga sesak nafas.

Aguero dapat keluar dari padang tanpa bantuan pengusung. Beliau kemudiannya dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan jantung.

Ketika insiden berlaku, Aguero dilihat memegang dadanya dan kelihatan seperti sukar bernafas. Beliau dikeluarkan dan diganti dengan Philippe Coutinho.

 


Mungkin tidak kelihatan teruk seperti insiden Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ke padang dan tidak sedarkan diri semasa perlawanan Denmark menentang Finland pada EURO 2020 yang lalu tetapi ianya masih sesuatu insiden membimbangkan.

 

Pada perlawanan semalam, Barcelona yang dipimpin oleh pengurus interim Sergi Barjuan hanya mampu mendapat keputusan seri terikat 1-1 dengan Alaves. Ini ada perlawanan pertama Sergi Barjuan yang mengantikan Ronald Koeman yang baru dipecat minggu ini.

 

Kongsi artikel ini: