Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya – Zulhelmi De Paula kekal pilihan Cheng Hoe

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  telah mengumumkan senarai 24 pemain untuk dua aksi persahabatan berstatus A bertemu Jordan pada 6 Oktober dan Uzbekistan pada 9 Oktober ini.

Dari senarai itu, Guilherme De Paula akan sekali lagi mengetuai jentera serangan pasukan kebangsaan kita namun pemain pertahanan kelab Denmark, FC Midtjylland, Dion Cools tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan.

Juga antara pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe adalah beberapa muka baru iaitu Ariff Farhan, Fayadh Zulkifli (Kedah), Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem (Selangor), Arif Fadzilah, Hakimi Abdullah, Shahrul Nizam (Terengganu), Al Hafiz Harun (Penang) dan Kalamullah Al-Hafiz (PJ City).

Aksi persahabatan ini dianggap sebagai persiapan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala AFF yang bakal berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari depan.

Sumber rujukan: FB Malaysian Football League

 

Kongsi artikel ini: