Ronaldo sepatutnya pergi lebih awal : Chiellini

Giorgio Chiellini mengakui bahawa Juventus telah melakukan kesilapan melepaskan Cristiano Ronaldo di saat akhir jendela perpindahan musim panas lalu dan Juventus ‘membayarnya’ dengan kehilangan mata dalam beberapa perlawanan pada awal musim.

 

Juventus memulakan musim dengan teruk tanpa kemenangan dalam empat perlawanan pertama liga Serie A

 

Beliau berpendapat jika Ronaldo pergi lebih awal, Juventus akan mempunyai lebih masa utuk melakukan persiapan menghadapi permulaan musim baru.

 

 

“Dia pergi pada 28 Ogos, adalah lebih baik bagi kami jika dia pergi lebih awal. Ini sesuatu yang kami perlu ‘bayar’, sedikit kejutan dan pada pendapat saya kami membayarnya dari segi mata.”

 

“Sekiranya dia pergi pada 1 Ogos, kita akan mempunyai masa untuk membuat persiapan yang lebih baik.” menurut Chiellini

 

Ronaldo bermain selama tiga musim di Turin tetapi melakukan kejutan utuk pulang semula ke Old Trafford pada minggu terakhir bulan Ogos dengan bayaran perpindahan 19.7 juta pound.

Kongsi artikel ini: