Piala Thomas: Malaysia ‘Belasah’ Kanada untuk tempah slot suku akhir

Skuad muda negara mempamerkan aksi cemerlang  selepas menewaskan Kanada 5-0 di Arena Ceres, awal pagi tadi sekaligus mara ke peringkat suku akhir

 

Perlawanan bermula dengan perseorangan utama negara Lee Zii Jia yang tidak berdepan masalah dengan hanya mengambil masa 38 minit untuk menewaskan  Brian Yang 21-18, 21-13 untuk mata pertama negara.

 

Perseorangan negara kedua, Cheam June Wei seterusnya memberikan mata kedua untuk negara selepas menewaskan Jason Anthony Ho-Sue dalam straight set 21-14, 21-14. Mata ketiga seterusnya disumbangkan oleh perseorangan ketiga negara Ng Tze Yong, yang juga merupakan pernampilan pertamanya dengan mengatasi BR Sankeerth 21-7, 21-19

 

Skuad Malaysia yang melakukan beberapa perubahan dengan memisahkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga membuahkan hasil . Gandingan beregu baru Wooi Yik yang kini digabungkan dengan Nur Izzuddin Mohd Rumsani mudah mengalahkan Philippe Charron-Maxime Tetreault 21-7, 21-10 untuk mata keempat negara.

 

Pada perlawanan terakhir malam itu, Aaron Chia yang digandingkan dengan Goh Sze Fei dalam beregu kedua hanya mengambil masa 31 minit untuk mengalahkan Sankeerth-Nyl Yakura 21-14, 21-13 untuk memastikan kemenangan 5-0 yang sempurna untuk Malaysia.

 

 

Kongsi artikel ini: