Skuad Piala Thomas Malaysia tumpas kepada Jepun 1-4 sekaligus menamatkan saingan aksi Kumpulan D sebagai naib juara.
Lee Zii Jia memulakan aksi pertama dengan menentang pemain nombor satu dunia, Kento Momoto. Walaupun beraksi cemerlang, Zii jia terpaksa akur apabila tumpas dalam pertarungan tiga set 21-15, 12-21, 21-23.
Aksi kedua diteruskan menerusi beregu pingat gangsa temasya Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menentang Takuro Hoki-Yugo Kobayashi namun sekali skuad negara tumpas dengan mata 13-21, 13-21.
Hasrat Malaysia utuk mengejar Jepun masih tidak kesampaian apabila perseorangan kedua, Cheam June Wei tewas 20-22, 13-21 kepada Kanta Tsuneyama
Mata keempat diperoleh Jepun apabila Akira Koga-Yuta Watanabe menewaskan beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin 10-21,16-21.
Bagaimanapun, perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao memberikan sedikit kegembiraan buat skuad Malaysia apabila melakar kemenangan 21-19, 21-18 ke atas Kenta Nashimoto.