Hanya bertahan 4 bulan sahaja, Nuno Espirito Santos akhinya dipecat Tottenham Hotspur. Kekalahan 0-3 kepada Manchester United hujung minggu lalu merupakan perlawanan terakhir dibawah kendalian Nuno Santos. Spurs kini telah tewas lima dari tujuh perlawanan EPL mereka setakat ini.
Club announcement.
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 1, 2021
Nuno dilantik sebagai pengganti tetap Jose Mourinho pada Jun, dengan kontrak selama 2 tahun. Beliau sebelum ini merupakan pengurus Wolverhampton.
Sepanjang 4 bulan kendalian Nuno, Spurs mencatatkan sembilan kemenangan, satu seri dan tujuh kekalahan daripada hanya 17 perlawanan.
Antonio Conte heads to London and will be next Tottenham manager if agreement reachedhttps://t.co/F3QJTxVdqh pic.twitter.com/WyY8QdEZ10
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 1, 2021
Tottenham kini dilaporkan sedang merisik semula Antonio Conte. Conte sebelum ini pernah ditawarkan jawatan pengurus di Tottenham tetapi ditolak olehnya