Tidak dinafikan, Lionel Messi mengharungi permulaan liga yang mengecewakan bersama Paris Saint-Germain
Messi kini telah bermain dalam lima perlawanan Ligue 1 untuk PSG, namun buat masa ini beliau masih tercari-cari gol pertamanya dalam liga tersebut. Beliau juga masih belum mencatatkan sebarang assist setakat ini.
Messi mengalami pelbagai masalah kecederaan dan bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya ketika berada di atas padang.
3️⃣0️⃣ #Ligue1 | #PSGLOSC pic.twitter.com/ldnkJKuVXO
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) October 29, 2021
Pada perlawanan menentang Lille di Parc des Princes semalam, bekas pemain Barcelona itu diturunkan dalam kesebelasan utama. Messi mempamerkan persembahan hambar dan digantikan pada separuh masa dimana ketika itu PSG ketinggalan 1-0.
Pengurus PSG, Mauricio Pochettino kemudian mengesahkan bahawa penyerang itu telah dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas kelihatan mengalami sedikit kecederaan di kakinya.
Berdasarkan statistik yang disediakan oleh WhoScored.com, Messi hanyalah pemain ke-126 terbaik dalam Ligue 1 setakat musim ini dengan penilaian puratanya sebanyak 6.75. Suatu yang agak mengecewakan bagi seorang GOAT.
Berikut adalah 10 pemain terbaik dalam Ligue 1 setakat musim ini
10. Sofiane Boufal (Angers SCO) – 7.31
9. Ludovic Ajorque (RC Strasbourg Alsace) – 7.35
8. Jonathan Clauss (RC Lens)- 7.35
7. Neymar (Paris Saint-Germain)- 7.36
6. Idrissa Gueye (Paris Saint-Germain) – 7.37
5. Amine Gouiri (OGC Nice)- 7.46
4. Kamaldeen Sulemana (Stade Rennais F.C.) – 7.48
3. Téji Savanier (Montpellier Hérault SC) – 7.68
2. Kylian Mbappé (Paris Saint-Germain)- 7.80
1. Dimitri Payet (Olympique de Marseille) – 7.94
Sumber : givemesport