Malaysian Tigers kini kembali ke ranking 10 dunia

Skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya kembali berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia selepas kali terakhir berada pada kedudukan itu sekitar 18 tahun lalu pada Oktober 2003.

 

Kejayaan itu hadir setelah menampilkan aksi memberangsangkan pada Siri Jelajah United Kingdom 2021. Malaysia melakar kemenangan 3-1 ke atas Wales pada perlawanan ujian keempat dan terakhir siri jelajah tersebut.

 

Berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Malaysian Tigers naik satu anak tangga ke kedudukan 10 dunia dengan 1427.181 mata mengatasi Kanada yang kini jatuh ke kedudukan ke-11 dunia (1422.120 mata). Kedudukan pertama diungguli Belgium dikuti Australia, India, Belanda, Jerman, England, Argentina, New Zealand, Sepanyol dan Malaysia.

Kongsi artikel ini: