Lewandowski layak menang Ballon d’Or : De Bruyne

Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne yakin bahawa Robert Lewandowski layak memenangi anugerah Ballon d’Or.

 

De Bruyne juga adalah salah satu pemain yang dicalonkan dalam senarai pendek 30 pemain untuk anugerah berprestij itu.

 

 

“Saya fikir jika saya harus memilih, saya akan melihat tempoh dua tahun sebelum ini,” kata De Bruyne. “Saya akan memilih Lewandowski untuk apa yang telah dilakukannya, menjaringkan banyak gol dan memenangi pelbagai trofi dengan Bayern.”

 

Musim lalu, Lewandowski membantu Bayern merangkul kejuaraan treble dan memecahkan rekod Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak Bundesliga.

 

Lewandowski disebut-sebut sebagai calon yang paling layak merangkul Ballon d’Or pada musim lalu namun anugerah itu terpaksa dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

 

Kongsi artikel ini: