Leicester 4 Man United 2: #OleOut bergema lagi

Manchester United datang bertandang ke Stadium King Power dengan rekod away game yang baik. Kali terakhir mereka tewas away game adalah pada Januari 2020.

 

Namun rekod itu lebur semalam setalah mereka tewas kepada Leicester City 4-2.

 

 

United terlebih dahulu di depan pada minit ke-19 apabila rembatan kencang Mason Greenwood dari luar kotak penalti memberi gol pembukaan buat United.

 

Harry Maguire mungkin masih menyayangi bekas kelabnya apabila ‘memberikan’ bola kepada Iheanacho yang seterusnya membolehkan Youri Tielemens menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama berakhir.

 

Pada minit ke-78, Caglar Soyuncu menjaringkan gol kedua Leicester apabila mudah menolak bola dalam aksi kelam kabut di hadapan gol.

 

Marcus Rashford yang kembali beraksi  sejak pulih dari pembedahan bahu menyamakan kedudukan pada minit ke-82. Hanya seminit kemudian, lorongan Ayoze Perez membolehkan Jamie Vardy meletakkan Leicester kembali di depan

 

Pemain gantian Patson Daka menambah duka United dengan gol pada masa kecederaan menjadikan keputusan akhir Leicester 4 Man United 2

 

Mungkin benarlah bahawa Fred pemain terpenting Manchester United.

Kongsi artikel ini: