Inter Milan mendedahkan mereka perlu menjual Christian Eriksen kerana beliau telah dilarang bermain di Itali.
Peraturan Serie A menghalang pemain yang dipasang implan defibrilator daripada bermain dalam permainan kompetitif bermakna beliau tidak lagi boleh meneruskan kariernya di Itali. Eriksen masih boleh meneruskan kerjayanya di negara lain jika beliau mahu.
Eriksen telah dipasang implan defibrilator kardioverter (ICD) selepas mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark menentang Finland pada Euro 2020 pada Jun lalu. Semasa kejadian, Eriksen rebah secara tiba-tiba tanpa sesiapa berdekatan dengannya. Tindakan pantas kapten Denmark Simon Kjaer berjaya menyelamatkan nyawanya. Beliau kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
✍️Official statement from Inter on Christian Eriksen:
“Eriksen’s current condition does not live up to the requirements to play in Italy, but it can instead be achieved in other countries.”
Inter are willing to sell, which gives me some hope.👍#SerieA #Inter pic.twitter.com/AlujFbJ3vR
— Danish Football (@DANISHF00TBALL) October 29, 2021
Jika Eriksen meninggalkan Inter, ada kemungkinan dia boleh kembali ke bekas kelabnya Tottenham ataupun Ajax di liga Belanda.
Pemain pertahanan Ajax Daley Blind, sebagai contoh, juga telah dipasang dengan ICD selepas didiagnosis dengan keradangan otot jantung, tetapi terus bermain untuk juara Eredivisie itu, dan juga di peringkat antarabangsa untuk Belanda.
Eriksen telah membuat 60 penampilan untuk Inter, menjaringkan lapan gol. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi gelaran Serie A musim lalu. Kontraknya di San Siro berlangsung sehingga 2024.