Skuad Harimau Malaya hanya akan memulakan latihan selepas tamat separuh akhir Piala Malaysia. Ini bermakna skuad bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe hanya mempunyai tempoh yang singkat untuk mempersiapkan skuad terbaik menjelang sepak mula saingan Piala AFF yang dijadual bermula 5 Disember ini.
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan memutuskan pemain akan mula hadir ke kem latihan pusat pada 25 November ini selepas saingan separuh akhir Piala Malaysia berakhir. Manakala pemain daripada kelab yang akan beraksi di final Piala Malaysia pula akan menyertai pasukan kebangsaan selepas berakhirnya final Piala Malaysia pada 30 November.
Ini bermakna Tan Cheng Hoe hanya mempunyai 11 hari bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar dan skuad kebangsaan berada dalam keadaan yang mantapdan bersedia dari setiap segi.
Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos. Kejohanan ini akan berlangsung di Singapura.