Gol ke 115 : Ronaldo Lakar Hatrik ke 10 Dalam Karier Antarabangsanya

Portugal mencatatkan kemenangan besar 5-o ketika bertemu Luxembourg dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dengan Cristiano Ronaldo sekali menyumbat hatrik sekaligus merupakan hatrik ke 10 bersama skuad antarabangsa Portugal.

 

Hatrik ini meningkatkan jumlah golnya ke 115 gol dalam bola sepak antarabangsa untuk Portugal dalam 182 perlawanan.

 

Dengan tiga mata menentang Luxembourg, Portugal kekal di kedudukan kedua dalam Kumpulan A dengan 16 mata dari enam perlawanan. Serbia kini mengungguli kumpulan dengan 17 mata dari tujuh perlawanan.

 

Ronaldo telah menjaringkan gol menentang 45 negara dalam sepanjang kariernya. 3 gol ini juga menjadikan Luxemborg selaku pasukan yang paling banyak dibolosi oleh Ronaldo sendiri iaitu 8 gol.

 

Sebelum ini, pemain antarabangsa Portugal itu berjaya memecahkan rekod gol antarabangsa sepanjang masa, yang sebelumnya dipegang oleh penyerang Iran, Ali Daei iaitu 109 gol.

Kongsi artikel ini: