FAM nafi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) akan ditutup

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan bahawa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tidak akan ditutup buat selama-lamanya sekaligus menafikan khabar angin di media sosial berikutan perkara itu.

 

Ketika ditanya oleh BERNAMA, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar megatakan bahawa PPBN dilancarkan dengan visi melahirkan ramai pemain bola bertaraf dunia secara berterusan.

 

 

“Kalau ada cerita hendak tutup NFDP itu tidak benar, kita (FAM) memang sentiasa memikirkan soal pembangunan. Pembangunan ini kita tidak akan dapat (hasil) hari ini, esok kita dapat hasilnya dan jika usaha itu sesuatu yang memang bagus kita akan teruskan.” katanya lagi “Program ini juga melibatkan banyak parti, kerajaan, MSN, KBS dan sebagainya. Memang kita alu-alukan (program diteruskan) dan kalau kita perlu tambah baik, kita akan buat,”

 

Ketika ini, khabar angin bertiup bahawa terdapat pihak yang cuba melobi supaya program tersebut ditutup sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

 

 

Sumber: BERNAMA

Kongsi artikel ini: