Apalah tangkal yang Ole Gunnar Solskjaer pakai lah? Setiap kali dalam tekanan, pasti United bangkit dan menang. Ole yang sebelum ini dilaporkan diberikan 3 perlawanan untuk menentukan nasibnya di Old Trafford telah berjaya pada percubaan pertamanya dengan menumpaskan Tottenham Hotspur 3-0.
Bouncing back with a big π.
Up the Reds! π΄#MUFC | #TOTMUN
β Manchester United (@ManUtd) October 30, 2021
Pertahanan Spurs, Christian Romero terdahulu menjaringkan gol namun dibatalkan setelah didapati berada dalam kedudukan offsaid.
United membuka jaringan menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-39. Ronaldo yang menerima hantaran dari Bruno Fernandes menghasilkan rembatan voli yang cukup padu menewaskan penjaga gawang Spurs, Hugo Lloris.
Outrageous, as always, from Ronaldo πpic.twitter.com/hGW1cmTP25
β Goal (@goal) October 30, 2021
Separuh masa pertama tamat dengan united mendahuli dengan satu gol.
Pada minit ke-64, gerakan tiga serangkai yg bermula dari Fenandes kemudian kepada Ronaldo yang seterusnya membuat satu lorong cantik kepada Edinson Cavani berjaya menghasilkan gol kedua United.
Lewat permainan minit ke-86, pemain gantian, Marcus Rashford menjaringkan gol ketiga setelah menerima hantaran dari seorang lagi pemain gantian, Nemanja Matic. Jaringan ini memuktamadkan kemenangan 3-0 United ke atas Spurs.
Kemenangan United ini bukan sahaja melegakan Ole Gunnar Solskjaer malah penyokong bola sepak dari kelab lain yang memerlukan Ole untuk terus kekal di Old Trafford.