EPL 2021/22: Manchester United 0-5 Liverpool

Theater of Dreams menjadi Theater of Nightmare untuk penyokong Manchester United. Memang memalukan apabila kalah kepada rival terbesar mereka dengan jaringan yang besar 0-5 ni gelanggang sendiri.

 

Liverpool tidak menunggu lama untuk memulakan pesta jaringan mereka. Seawal minit kelima, lorongan Mohamed Salah kepada Naby Keita yang seterusnya tidak berdepan masalah menewaskan David De Gea untuk menghasilkan gol pertama Liverpool.

 

Lapan minit kemudian, hantaran Trent-Alexander Arnold mudah disempurnakan oleh Diogo Jota untuk Liverpool melebarkan jaringan.

 

Pada minit ke 38, Salah menyudahkan hantaran Keita untuk gol ketiga Liverpool. Salah sempat menyumbat satu lagi gol sebelum tamat babak pertama untuk menjadikan  kedudukan 0-4.

 

Solskjaer mengeluarkan Mason Greenwood dan memasukkan Paul Pogba untuk memperbaiki jentera tengahnya untuk separuh masa kedua.

 

Babak kedua bersambung dan hanya lima minit selepas itu, Salah menyempurnakan hatriknya. Hantaran cantik Jordan Henderson disempurnakan Salah dimana jaringan itu juga menjadikan beliau pemain Afrika yang menjaringkan gol terbanyak di EPL.

 

Ketika ini, kelihatan ramai penyokong United mula meninggalkan stadium. #OleOut juga trending di semua media sosial. Alex Ferguson yang dirakam berada di dalam stadium hanya mengelengkan kepala beliau. Malu woi.

 

 

Luka united makin parah apabila Paul Pogba yang baru dimasukkan dilayangkan kad merah kerana terjahannya terhadap Naby Keita. Bermain 11 orang pun longlai, apatah lagi dengan 10 orang.

 

 

Kedudukan 5-0 itu kekal hingga tamat permainan. United kini mempunyai mata yang sama dengan Arsenal yang dahulunya dikatakan bertarung dengan penyingkiran.

Kongsi artikel ini: