Champions League : Klopp beri amaran, bermain secara berani atau akan diratah Atletico

Jurgen Klopp telah memberi amaran kepada pemain Liverpool bahawa mereka akan ‘diratah’ oleh Atletico Madrid sekiranya mereka mengulangi persembahan seperti mana kali terakhir mereka bertemu di Stadium Wanda Metropolitano.

 

Liverpool akan bertandang ke Wanda Metropolitano untuk bertemu  Atletico Madrid pagi ini untuk perlawanan peringkat kumpulan B, Liga Juara-Juara.

 

Liverpool menjulang piala Liga Juara-Juara di sini pada bulan Jun 2019 tetapi mereka gagal mempertahankan kejuaraan tersebut apabila kecundang di gelanggang yang sama pada Februari 2020 yang menyaksikan mereka tewas 1-0. Sebulan kemudian, Atletico menewaskan mereka sekali lagi di Anfield 3-2

 

Klopp tidak mempunyai rekod baik bila bertemu pasukan dari Sepanyol di gelanggang lawan sepanjang bersama Liverpool dengan tewas empat perlawanan dan seri sekali daripada lima perlawanan

 

Klopp menyifatkan pertembungan dengan Atletico seperti ‘perang bola sepak’. “Atleti adalah yang pasukan terbaik kerana mereka mempunyai pemain terbaik.” ujar Klopp

 

“Masalah dengan Atletico adalah kualiti yang mereka miliki dan keinginan yang mereka tunjukkan. Adakah ini gaya yang saya mahu mainkan? Tidak. Saya tidak boleh, saya bukan orang yang suka melakukannya, tetapi kita semua berbeza dan itulah sebabnya tidak mengapa. Kami akan menghadapinya.

 

“Ini semua tentang memenangi permainan bola sepak tetapi kami bermain permainan yang sangat luar biasa di tempat sendiri menentang Atletico. Kami tidak lupa betapa teruknya kami di sana dan saya yakin Diego tidak lupa betapa baiknya kami di Anfield, jadi saya cukup yakin ada cara untuk memberikan mereka masalah tetapi anda harus bermain pada kelas tertinggi dan menjadi sangat berani. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, mereka akan memakan anda.’

 

 

Sumber DailyMail

Kongsi artikel ini: