Champions League: Atletico Madrid 2-3 Liverpool

Liverpool akhirnya berjaya memenangi perlawanan Champions League menentang Atletico Madrid untuk pertama kalinya dalam sejarah mereka setelah 5 kali bertemu. Mereka menundukkan Atletico 3-2 di Stadium Wanda Metropolitano pagi tadi dalam pertembungan yang penuh dengan gol dan drama.

 

Liverpool bermula dengan sangat baik apabila mereka mendahului dengan 2 gol awal. Rembatan Mohamed Salah pada minit ke-8 terbias terkena Geoffrey Kondogbia lalu menerjah gol Atletico. Lima minit kemudian, Naby Keita berjaya menjadikan kedudukan 2-0 dengan voli yang cantik melepasi Jan Oblak.

 

Kebangkitan mula dijelmakan Atletico  apabila pada minit ke-20, Antoine Griezmann berjaya menjaringkan gol pertama Atletico. pada minit ke34, Griezmann menyudahkan hantaran dari gerakan solo Joao Felix untuk memberikan gol penyamaan.

 

First half yang menarik dari kedua-dua pasukan

 

Bersambung babak kedua, segalanya berubah buat pasukan bimbingan Diego Simione. Griezmann yang menjadi hero Atletico di babak pertama betukar menjadi villian. pada minit ke-52, beliau di layangkan kad merah apabila butnya menerjah muka Firmino.

 

 

Mereka masih beraksi baik walaupun bermain 10 orang. Kesilapan mudah Mario Hermoso menjatuhkan Diogo Jota pada minit ke-78 menghadiahkan penalti kepada Liverpool dan Salah tiada masalah menjaringkan gol.

 

Minit ke 84, Atletico pula dihadiahkan penalti selepas Jose Gimenez telah dijatuhkan oleh Diogo Jota. Malang sekali lagi buat mereka apabila pengadil perlawan Daniel Siebert menarik semula keputusan itu setelah merujuk pada VAR. Maka mengamuk la Diego Simeone.

 

Tamat perlawanan, Liverpool menang 3-2 dan mengumpul kemenangan ketiga dari tiga perlawanan. Diego Simeone pula terus masuk ke terowong tanpa bersalam dengan Klopp.

 

 

 

Kongsi artikel ini: