Carlo Ancelotti : Hazard cergas tapi saya pilih pemain lain

Eden Hazard langsung tidak diturunkan walaupun berada di bangku simpanan Real Madrid ketika mereka menewaskan Barcelona 2-1 dalam pertembungan El Clasico , Ahad lalu.

 

Ancelotti sedar bekas bintang Chelsea itu cukup cergas untuk bermain di Santiago Bernabeu, tetapi beliau lebih suka memilih pemain lain, seperti Vinicius Junior dan Rodrygo.

 

“Dia tidak mempunyai status bintang di Madrid kerana dia mengalami banyak kecederaan dan sedikit demi sedikit dia akan kembali ke versi terbaiknya.” kata Ancelotti ketika ditanya.

 

“Saya pasti musim ini kita akan melihat versi terbaiknya dan dia akan bermain lebih daripada yang dia lakukan sekarang. Hazard ada segalanya: kualiti, motivasi. Dia perlu bertahan, apa yang berlaku kadangkala jurulatih lebih suka pemain lain ”

 

 

Pemain antarabangsa Belgium itu masih bergelut sejak tiba di Santiago Bernabeu. Hazard sering dilanda masalah kecederaan dan sukar untuk kembali ke prestasi terbaiknya seperti di Chelsea.

 

Untuk musim ini, beliau hanya memulakan empat daripada tujuh perlawanan La Liga dan bermain dalam hanya satu daripada tiga perlawanan UCL mereka.

 

Kongsi artikel ini: