Thomas Tuchel berharap Edouard Mendy tidak begitu kecewa selepas tidak dicalonkan untuk anugerah Ballon d’Or 2021.
Tuchel berkata demikian setelah Edouard Mendy mempamerkan satu lagi persembahan berkelas dunia ketika Chelsea menang menentang Brentford 1-0 semalam. Ben Chilwell menjaringkan gol kemenangan Chelsea tetapi prestasi Mendy membolehkan mereka pulang dengan 3 mata.
Lima pemain Chelsea iaitu Cesar Azpilicueta, Jorginho, N’Golo Kante, Mason Mount dan Romelu Lukaku (ketika itu bersama Inter Milan) telah dicalonkan untuk anugerah itu, tetapi Mendy tidak langsung tersenarai dalam 30 finalis Ballon d’Or kali ini.
Sebelum ini kapten Senegal, Sadio Mane menyatakan bahawa beliau kecewa apabila Edouard Mendy tidak tersenarai dalam 30 finalis Ballon d’Or kali ini. Rakan sepasukan Mendy, Antonio Rudiger juga telah mengeluarkan nada yang sama mengenai situasi berkenaan.
Tuchel berkata “Dia benar-benar menentukan perlawanan dengan mendapatkan clean sheet. Dia sangat hebat, sepanjang perlawanan.”
“Lebih penting dia beraksi seperti ini daripada dia berada dalam senarai apa pun. Saya harap ia tidak mengganggunya kerana ia tidak terlalu mengganggu saya. Kelihatan dia seperti tidak terpengaruh dengan hal itu, yang merupakan perkara baik.”
“Saya fikir kita boleh berada dalam senarai itu sebagai satu pasukan kerana kita memenangi trofi itu sebagai satu pasukan dan jika kita mempunyai lima nama atau enam nama dalam senarai itu, saya rasa kita memenangkannya sebagai 21 orang kerana semua orang memainkan peranannya. Begitulah bolasepak berfungsi.
“Hari ini kita sangat bergantung kepadanya. Semua orang sangat gembira untuknya kerana dia dapat menolong pasukan. Jadi semuanya baik.”