Al Sadd: Xavi komited bersama kami

Kelab bola sepak dari Qatar, Al Sadd telah mengeluarkan kenyataan bahawa jurulatih kelab itu, Xavi Hernandez yang juga legenda Barcelona komited dengan kelab itu di kala dikaitkan dengan beliau kembali ke Nou Camp sebagai jurulatih.

Xavi adalah antara calon utama Barcelona untuk mengantikan Ronald Koeman yang baru dipecat minggu ini selepas memulakan kempen dengan buruk.

 


Dalam kenyataan rasmi Al Sadd melalui twitter rasmi kelab itu, ‘Sebagai menjawab kepada apa yang tersebar baru-baru ini, pengurusan Al Sadd menegaskan bahawa Xavi mempunyai kontrak dua tahun bersama kelab dan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan pasukan akan datang, untuk mengekalkan pendahuluan kami di puncak liga dan untuk mempertahankan kejuaraan.’

Mereka juga menyatakan bahawa buat masa ini masih tiada sebarang tawaran rasmi dari mana mana pihak.

 

 

Kongsi artikel ini: