Akibat degil, pertahanan Atletico dilayangkan kad merah ketika menentang Liverpool

Pemain Atletico Madrid sekali lagi dilayangkan merah dalam pertemuan kedua mereka bertemu Liverpool pada saingan UCL 2021/22. Jika pada pertemuan pertama, Antoinne Griezmann dilayangkan kad merah, kini giliran pertahanan Atletico, Felipe. Tetapi kali ini, kad merah ini mungkin agak kontroversi.

 

 

Pada minit ke-36, Sadio Mane telah dikasari dari belakang oleh Felipe. ketika itu, Liverpool sedang melakukan serangan balas ke Atletico. Felipe kelihatan tersepak tumit Mane hingga Mane terjatuh.

Pengadil perlawanan, Danny Makkelie segera meniup wiselnya memanggil bek tengah Atletico itu. Bagaimanapun, nampaknya Felipe seakan berkeras kepala dan enggan mendekati Makkelie sehingga pengadil itu meniup wisel tiga kali.

Makkelie yang kelihatan kecewa dengan sikap Felipe terus melayangkan kad merah dan ketika itu lah baru Felipe datang ke arahnya untuk membantah keputusan itu. Baru kau tau siapa bos.

Ketika insiden ini, Atletico telah ketinggalan 0-2 dan kad merah ini menyukarkan mereka untuk menghasilkan kebangkitan

Pada perlawaanan itu, Atletico Madrid tewas 0-2 kepada Liverpool hasil jaringan Diogo Jota dan Sadio Mane. Kedua-dua gol itu mendapat assist yang sungguh lazat dari Trent Alexander Arnold.

Atletico Madrid kini berada di tangga ketiga kumpulan B. Kemengan Liverpool ini juga memastikan mereka layak ke pusingan kalah mati

Kongsi artikel ini: